:::26-06-05::
# 11.45am #
Saturday morning, while watching TV suddenly i got a phone call from my father..
ayah: Assalamualaikum..hello..abang..
me : Waalaikumsalam..Haa..ayah..ada apa? tiba2 call pagi2 ni..
ayah: abang bawak bertenang ye..bawak banyak2 bersabar..ade berita tak baik sket..
me : ??? kenapa?
ayah : abang.. mak teh baru je meninggal. abang nak balik ke?
me : errr... hmmm.. abang balik..abang balik...adik dah tau?
ayah : awak balik dengan sapa? nanti ayah call dia..tadi ayah call x dapat..
me : haa takpe..nanti abg try call dia..
ayah : ok..abang nak balik bila?
me : abang balik terus lepas ni, lepas mandi, pack barang, amik adik then terus balik jb la kot..
ayah : ok..abang balik terus ke jb eh..
me : hmm..ok.
ayah : bye
me : bye..
Begitulah lebih kurang conversation between me and my dad..
Then, right after the conversation, i got a sms from my cousin - AF .. saying that his mom just passed away at 11.45am..after struggling from a stroke around 6am.. For a while, i'm speechless...
Aku tak tau dari mana dtgnye kekuatan...sedikit pun aku tak menitiskan air mata ketika itu... yg aku sedar, aku harus terima berita yg baru aku dapat ini dgn hati yang tenang dan redha....sedikit sebanyak.. aku rase bersyukur...berakhir sudah segala keperitan, kesakitan dan kepayahan mak teh dlm usaha dia cuba dan terus mencuba mengubati penyakit yang dialaminya sejak sekian lama...
Bagi aku, mak teh seorang wanita yg cekal dan tabah walaupun dilanda berbagai-bagai dugaan dan rintangan dari segi emosi, jiwa dan fizikal...namun dia tetap kuat dan sentiasa redha walaupun ada ketika dia sedikit kecewa dengan apa jua yg diperlakukan keatasnya....
Aku masih ingat..sewaktu dia masih sihat... dia seorang yang cukup pemurah dan baik hati... sebagai anak sedara...dan mana2 sedara-mara beliau sekalipun...sebut sahaja nak makan apa...memang dia akan masakkan segala masakan yg diminta ..jarang sekali dia menghampakan permintaan sesiapa..esp. dr anak2 sedara yg dianggap mcm anak sendri juga...which is me and my sister....pantang kalau kami balik ke jb, rumah mak teh takkan terlepas dr persinggahan....dan setiap kali nak balik..kitaorg akan call bgtau kitaorg nak dtg siap disertakan list menu-menu makanan yg kitaorg nak dia masakkan.....oh my goshh..i'm really miss those memories......oh ye..she's the best "chef" in our family ..selain my uncle tam and my father.. :) tapi segalanya kini...semuanya hanya tinggal dalam kenangan..
# 1pm #
Aku bertolak dari kuala Lumpur dekat pukul 1 tghari, terus fetch adik kat bangi then terusheading to JB. Sampai di JB, dekat pukul 5 ptg. Waktu itu, jenazahnya baru sahaja selesai disembahyangkan. Sayang..aku tak dapat nak menatap wajahnya buat kali terakhir…namun aku sempat mengiringi permergiannya ke sebuah tempat yg hakiki dan pasti dan melihat sendiri dia dikuburkan dan ditalkinkan… Saat talking dibacakan, hatiku terasa sebak..dan air mata bergenang….aku hanya mampu memandang dr suatu sudut sehingga semuanya selesai….
Setelah segalanya selesai, aku hampiri pusaranya…aku duduk bertinggung , memperbetulkan segala isi tanah disekitarnya dan berdoa agar rohnya tenteram dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan soleh…insyaAllah… .Hanya doa sahaja yg dapat aku panjatkan buat Mak Teh …
# 9pm #
Sebelah malamnya, diadakan sebuah majlis tahlil untuknya…dan majlis ini akan dijalankan 3 hari berturut-turut selepas solat isya’..
Dan ketika aku menulis catatan ini.. majlis tahlil untuk malam kedua baru sahaja selesai. Esok..aku harus kembali ke kuala Lumpur semula…meneruskan perjuangan yang masih belum selesai…
“Yang mati tetap mati dan tidak akan kembali,…. namun yg masih hidup tetap harus meneruskan hidup hingga kesaat akhir nafas ini berhenti….”
Al – Fatihah buat Hajjah Aminah bte Haji Abdul Rahman…. Al-Fatihah…………
- misterkilroy - 11.45pm - Sunday, 26th Jun 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


3 comments:
:: innalillah buat mak teh..
:: takziah buat killroy dan keluarga..semoga roh dicucuri rahmat.
al-fatihah...
..salam blog..
..mungkin dah agak lambat untuk apple ucapkan takziah,but its better late than never..
to nad and applephye..
Thanx 4 da wishes..
Post a Comment